MAKLUMAT AM


\\ LOKASI
// Kedudukan Daerah Pontian dalam Negeri Johor
tet tessdsdsdsdsdsd

// Kedudukan Mukim Ayer Masin dalam Daerah Pontian

// Kedudukan PI1M dalam Mukim Ayer Masin
  


\\ POPULASI SETEMPAT
Jumlah penduduk Bandar Permas adalah seramai 2921 orang. Dimana Jumlah lelaki seramai 1605 orang dan jumlah perempuan 1316. Jumlah purata bagi isi rumah pula ialah 5 orang. Kebanyakan penempatan disini dihuni oleh kaum bangsa Melayu 1341 orang dan Cina 1300 orang manakala selebihnya adalah bangsa Indonesia seramai 70 orang.


\\ VIP
Ahli Parlimen : Y.B. Datuk Wee Jeck Seng
Adun Kawasan : Y.B. Dato’ Md. Othman Bin Hj. Yusof
Pegawai Daerah : Tn. Hj. Muji Bin Salimon
Penghulu : En. Omar Bin Pardi
Ketua Kampung : En. Baharudin Bin Melan @ Yusof
Ketua Agama : Tn. Hj. Mohd. Yusof Bin Hj. Ahmad
Pengerusi JKKK : En. Baharudin Bin Melan @ Yusof


\\ SEJARAH
Pejabat Majlis Daerah Pontian //
Berkuatkuasa mulai 1hb Februari 1979, Majlis Bandaran dan Majlis-majlis Tempatan telah dirangkumkan di bawah satu pentadbiran iaitu Majlis Derah Pontian melalui Warta Kerajaan J.P.U 1261 di dalam warta yang sama pula menjelaskan sempadan kawasan Majlis Daerah Pontian dengan luas keseluruhannya 2687 ekar termasuk cawangan-cawangannya. Keseluruhan kawasan Majlis Daerah Pontian ditadbir di bawah kuasa yang diberikan di dalam Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) dengan tidak mengubah sempadan asal Majlis Bandaran dan Majlis Tempatan.

Bandar Permas //
Bandar permas merupakan satu penempatan yang termasuk didalam kawasan Mukim Ayer Hitam. Penduduknya dianggarkan seramai 2921 orang (anggaran tahun 2012) terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan juga Indonesia. Bandar Permas terletak kira-kira 18 km di Selatan Bandar Pontian. Ia menjadi tumpuan penduduk bagi Mukim Serkat dan Ayer Masin disamping laluan pelancong dari dalam dan luar negeri ke pusat makanan laut di Kukup. Kebanyakkan penduduk kampung disini mengusahakan tanaman kelapa sawit, kelapa dan juga pisang disamping menjadi nelayan pada masa yang sama. Disamping itu terdapat juga segelintir penduduk yang menjalankan aktiviti keushawanan industry desa seperti membuat belacan, cencalok dan juga keropok lekor. Namun begitu kebanyakkan golongan muda lebih gemar memilih untuk bekerja luar dari kawasan Mukin Ayer Hitam.


\\ JKKK
JKKK Bandar Permas
Pengerusi - En Baharudin bin Yusuf
Setiausaha - En Pauzi bin Md Zain
Bendahari - Pn Jawiyah bti. Yusof
Biro Pendidikan - Pn Fuizah bti. Ismail
Biro Ekonomi - En Abd Rashid bin Daud
Biro Sukan & Belia - En Jefri bin Aris
Biro Teknologi Maklumat - En Mahmood bin Hj Hairani
Biro HELWA - Pn Hjh Eshah bti. Ajmain
Biro Kebersihan Keceriaan - En Mohd Amin bin Bujang
Biro Kebajikan - Tn Hj.Tukiman bin Salikon
Biro Sosial & Rekriasi - Pn Junaidah bti. Nohong
Biro Keselamatan - En Kamarudin bin Ahmad
Biro Agama - En Rahman bin Ab. Ghani
Ajk JKKK - En Abd Shukur bin Haron
Ajk JKKK - Tn Hj Mohd Kamal bin Hussin

Fungsi JKKK //
a. Mengumpul dan menyimpan profail kampung dan maklumat asas. 
b. Bertindak sebagai badan perantaraan di antara kerajaan dengan penduduk kampong. 
c. Mengenalpasti struktur penduduk serta menyimpan rekod penduduk di kampung. 
d. Pemngadakan perbincangan dengan pegawai kerajaan dan agensi-agensi berkenaan masalah dan isu pembangunan di kampung mengikut saluran yang ditentukan. 
e. Melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan mengenai perkara yang memerlukan perhatian dan penyelesaian mengikut prosedur tertentu. 
f. Mengemukakan minit-minit dan jadual mesyuarat kepada pihak yang berkenaan.


\\ WANITA
Pergerakan Wanita Umno Bandar Permas
Ketua Wanita Pn Maimonah Bte Mudu
Naib Ketua Wanita Pn Hjh Eshah Bte Ajmian
Penolong Setiausaha Wanita Pn Hjh Eshah Bte Ajmain
(dilantik oleh Ketua Wanita Cawangan)
Penolong Bendahari Wanita Pn Hjh Jawiah Bte Hj Yusop
(dilantik oleh Ketua Wanita Cawangan)
Ketua Penerangan Wanita Pn Norasmawati
(dilantik oleh Ketua Wanita Cawangan)
Ahli Jawatankuasa: 
1. Pn Zaiton Bte Koming
2. Pn Sumi Bte Abdan
3. Pn Zainab Bte Abdan
4. Pn Pon Bte Hj Sulong
5. Pn Zainab Bte Mohd Seikh
6. Pn Mahawa Bte Muhamad
7. Pn Chempaka Bte Aziz
8. Pn Noratikah Bte Sukadar
9. Pn Esah Bte Abd Rahman
10. Pn Junaidah Bte Nohong
11. Pn Hjh Radiah Bte Ajmain

Aktiviti //
1. Bacaan Yassin
2. Kendarat / Rewang (Aktiviti Gotong Royong)


\\ BELIA
Antara persatuan belia yang terdapat Bandar Permas
// Kumpulan Kompang 1 Malaysia
// Kumpulan Nasyid Permas 
// Pasukan Futsal 1 Malaysia.


\\ PELANCONGAN
Terdapat beberapa kawasan pelancongan yang boleh dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara antaranya :-
Tanjung Piai Resort // http://tanjungpiai-resort.blogspot.com/

Taman Negara Pulau Kukup //
Ia menjadi destinasi pelancongan yang menarik kerana banyak sekali burung Ramsar yang singgah antara Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Kerajaan negeri Johor telah mengisytiharkan kawasan ini sebagai Taman Negara Kukup yang diwartakan untuk dilindungi kerana adanya hutan paya bakau yang penting untuk habitat ketam, udang, kerang, siput, anak ikan untuk membiak. Selain itu hutan bakau mampu menampan ombak laut dari Selat Melaka. Airnya memang keruh dan tidak sesuai untuk mandi-manda tetapi amat penting untuk survival para nelayan yang bergantung hidup kepada aktiviti perikanan.

Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia //
Digelar hujung selatan tanah besar Asia, Ia merupakan hutan paya bakau syurga bagi pelbagai spesis flora dan fauna, seperti ketam bakau, ikan tembakul bermata kecil dan kera. Kawasan ini juga terkenal kepada pemerhati burung untuk melawat semasa musim migrasi yang jatuhnya sekitar bulan September dan Mac. Tanjung Piai adalah satu tempat di mana bumi dan kehidupan laut, tumbuhan dan haiwan, hidup dalam harmoni. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk dewasa.

\\ KEUSHAWANAN
Bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Keushawanan juga langsung dapat meningkatkan taraf hidup. Selain dari itu dapat menambahkan peluang pekerjaan yang menjurus kepada penemuan terbaru, teknologi baru dan inovasi.

// En. Mohd Yusof Bin Adam Pengusaha Lembu 

// Pn Norbiti Bin Burhanudin Pengusaha Keropok Lekor  

\\ PERTANIAN/PERLADANGAN
Sektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor komersial dan berdaya saing. Tanah yang subur di Mukim Ayer Hitam menjadi faktor utama kepada kegiatan pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung. Tanaman Kelapa Sawit merupakan kegiatan perladangan yang utama kawasan ini. Salah seorang penduduk yang menceburkan diri dalam bidang pertanian ini ialah En Tahir Bin Tahar yang mempunyai ladang Kelapa Sawit seluas 4 hektar. Selain telah mengeluarkan modal sendiri, beliau juga dibantu oleh Jabatan Pertanian dan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk membeli anak benih, baja, peralatan pertanian dan juga khidmat nasihat berkaitan pengurusan ladang kelapa sawit. Urusan jualan Kelapa Sawit juga menjadi mudah dengan adanya Pusat Timbang PPK Pontian Selatan di kawasan berhampiran yang diuruselia oleh Pertubuhan Peladang.


\\ KEMUDAHAN ASAS
Pelbagai kemudahan asas telah diterima oleh penduduk kampung yang mana ia dapat dinikmati bersama. Jalan disekitar kawasan kampung telah diturap kemas dengan tar bagi memudahkan penduduk. Bekalan air yang bersih juga disalurkan kepada penduduk. Tidak kurang juga, bekalan elektrik telah diterima oleh semua rumah. Bangunan kegunaan umum juga dibina seperti Lampu Jalan, Balairaya, Perpustakaan Desa dan pelbagai lagi. Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berperanan memastikan kemudahan yang terdapat di kampung ini berada di dalam keadaan baik dan akan sentiasa berusaha menambahkan lagi kemudahan infrastruktur demi kepentingan penduduk sekitar. Berikut adalah antara struktur kemudahan asas yang terdapat di Bandar Permas.


\\ KESIHATAN
Klinik Desa Permas (1979)
Alamat // Jln Permas Kukup, Pontian 82030 Pontian, Johor
Telefon // 07-6961924
Fungsi // Antara fungsi Klinik ialah untuk meninggikan taraf kesihatan dan mutu penghidupan penduduk, serta membolehkan mereka menjalankan penghidupan yang sihat dan produktif di bidang ekonomi dan sosial.Selain itu,untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan di dalam aspek,pencegahan dan rawatan yang cekap, berkesan dan komprehensif dengan memberikan tumpuan khas kepada penduduk luar bandar. Antara fungsi lain ialah untuk mencegah dan mengurangkan kejadian penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit tidak berjangkit.
Jadual Operasi Klinik Desa Permas //
Hari
7.30am – 1.00pm
1.00pm – 2.00pm
2.00pm – 5.00pm
Isnin
Klinik Ibu Mengadung
Klinik Kanak Kanak
Klinik Perancang Keluarga
Klinik Pesakit Luar

Rehat
Lawatan Rumah
Klinik Pesakit Luar
Merekod
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
7.30am – 12.15pm
12.15pm – 2.45pm
2.45pm – 5.00pm

\\ PENDIDIKAN
Institusi pendidikan amatlah penting dan amat diutamakan. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan sebenarnya mempunyai fungsi untuk membentuk dan menyediakan pelajar dengan pengalaman yang perlu untuk membekalkan diri dan lebih kepada untuk memajukan masyarakat sekeliling supaya ianya dapat berkembang dengan maju dan dapat hidup dalam suasana yang aman damai. Untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni, para pelajar akan diterapkan dengan nilai-nilai budaya kemasyarakatan berlandaskan agama Islam yang akan dapat membina kecermerlangan dan kesejahteraan negara. Sekolah memang perlu menerapkan nila-nilai dan tatacara hidup bermasyarakat untuk memastikan kewujudan budaya dan peradaban masyarakat akan berterusan. Antara nilai-nilai yang perlu diterapkan adalah seperti menanamkan sikap bekerjasama, bertolak ansur, saling menghormati, bantu-membantu tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup (1965)
Pengetua // Pn Hjh Rohani A. Manaf
Tenaga Pengajar // 77 orang
Bilangan Pelajar // 1294 orang
Alamat // SMK Sri Kukup 82300 Kukup, Pontian, Johor.
Telefon // 6076960219
Fax // 607 6960686
E-mail // websrikukup@gmail.com
Laman Sesawang // http://srikukup.pontian.edu.my/

Sekolah Kebangsaan Sungai Durian (1923)
Guru Besar // Hjh Ainon Bte Abdul Rahman
Tenaga Pengajar // 29 orang
Bilangan Pelajar // 314 orang
Alamat // Bandar Permas, Kukup, 82300, Pontian Johor, Malaysia
Telefon // 607 6960282
Fax // 607 6960282
Laman Sesawang // http://www.sksgdurian.edu.my/

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chiao (1935)
Guru Besar // Encik Chang Yin Tian
Tenaga Pengajar // 11 orang
Bilangan Pelajar // 178 orang
Alamat // 101 Permas, Kukup 82300, Pontian Johor, Malaysia
Telefon // 607 6969233
Fax // 607 6969233

Sekolah Agama Bandar Permas
Guru Besar // Hjh Normah Binti Hashim


\\ KESELAMATAN
Polis //
Merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga keamanan. Oleh kerana pentingnya keamanan, maka kerajaan telah membina sebuah balai polis di kawasan Permas dan telah beroperasi sejak tahun 1981. Mempunyai kekuatan anggota seramai 24 orang balai polis ini menjadi rujukan kepada kira-kira 25,000 penduduk bagi tiga mukim iaitu, Sungai Karang, Air Masin dan Serkat dengan keluasan pentadbiran kira-kira 78.6km persegi.