Masa
// 8.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi
// Balairaya Penerok (Lokasi PI1M Penerok akan datang) dan kawasan Kampung Penerok
Aktiviti
//
-Site Survey tapak lokasi yang sesuai untuk tiang KTW (Kampung Tanpa Wayar)
-Membuat temujanji dengan En Baharuddin ketua kampung Permas dan Mr. Tan wakil ketua masyakat Taman Laksamana.
-Menaikkan tiang bendera mudah alih setinggi 40 kaki untuk dijadikan sebagai check point.
-3 orang wakil team MSD yang diketuai oleh En. Zulkarnain mengenalpasti 4 lokasi tiang KTW yang sesuai bersama En. Areil Project Officer (PO) dengan menaiki lori Skylift.
Masa
// 11.30 pagi - 3.00 petang
Lokasi
// Komplek Penghulu Mukim Ayer Masin, PI1M Permas dan kawasan Bandar Permas
Aktiviti
//
-Perjumpaan dengan Ketua Kampung, Wakil Masyarakat, Project Officer (PO) dan En. Zulkarnain wakil team MSD di Komplek Penghulu Mukim Ayer Masin.
-Penerangan mengenai lokasi, ruang liputan dan fungsi tiang KTW disampaikan En. Zulkarnain kepada Ketua Kampung dan juga Wakil Masyarakat Taman Laksamana.
-Setelah itu semua pihak bersetuju bersama-sama mengenalpasti kawasan tapak cadangan untuk tiang KTW
-Menaikkan tiang bendera mudah alih setinggi 40 kaki untuk dijadikan sebagai check point.
-Menaiki lori Skylift yang boleh menampung 3 orang dengan ketinggian 12 meter untuk melihat kebarangkalian setiap point point tiang KTW itu boleh dihubungkan.
-En.Zulkarnain menggunakan sejenis alat GPS untuk merekodkan point point lokasi cadangan setiap tiang KTW yang akan dibangunkan.
-Memasang papan tanda kecil untuk menandakan setiap lokasi cadangan tiang KTW.
Masa
// 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi
// Balairaya Penerok, Rumah Ketua Kampung Penerok dan kawasan Kampung Penerok
Aktiviti
//
- Perjumpaan dengan En.Omar Penghulu Mukim Ayer Masin dan Ketua Kampung Penerok
- Membuat tinjauan di lokasi cadangan kawasan tapak tiang KTW yang ditetapkan bersama-sama penghulu dan ketua kampung pada waktu petang.
Tambahan
//
- Keputusan Lat Long kawasan tiang KTW untuk Bandar Permas.
-The best part is dapat menaiki lori skylift walaupun tak berapa tinggi tapi boleh buat gayat juga. TQ to En Zulkarnain sebab bagi peluang menaiki lori skylift dan melihat serta mengambil gambar pemandangan alam sekitar kawasan Permas yang indah lagi permai ini dari aras ketinggian 40 kaki. Skema betul ayat aku di Blog ni =.=!...